yahoomessenger : kdfc_07@yahoo.com
facebook : eizatlawliet@yahoo.com

Wednesday, March 2, 2011

soldier in your heart


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yg menerangkan langit dan bumi semester alam dan jg yg memenangkan Islam di ats segala pakatan Ahzab dahulu dan ari nie. Selawat dan salam ke ats junjungan Rasullulah yg tlh memberikan kpd kita keteladanan yg baik utk kita harungi medan amal Islami dan medan menabur kebaktian yg luas dan tidak bertepi ini.

 Kita patut rasa bersyukur krn sehingga sekarang kita masih menikmati nikmat Islam walaupun Nabi SWT telah sekian lama wafat. Sifat dan keperibadian baginda sentiasa disanjung tinggi. Dgn sifat ini Islam dpt berkembang keseluruh dunia. Tetapi sifat Islam dalam hati setiap manusia zaman sekarang telah pudar ditelan zaman. Maksiat, riba, dan segala bagai telah menjadi budaya dalam hati manusia. Manusia kian lalai dan diulik kesenangan duniawi yg telah kita ketahui ianya hanya sementara yg diberikan oleh Allah.

Telah lupakah kita perjuang para sahabat yg meletakkan segala pergantungan dan keyakinan mereka kpd Allah SWT yg terpaksa berhadapan dgn musuh semata-mata untuk menegakkan Islam yg tercinta. Inilah semangat yg perlu ada didalam diri seluruh umat Islam pada masa kini. Nafsu utk hidup mewahlah yg akn mematikan semangat jidah kita. Inilah resepi Sheikh Said Hawwa  mencadang supaya anak2 tidak dibesarkan dlm kemewahan dunia,bimbang akn payah utk berjuang dikala dewasa. Ujian kemewahan lebih ganas mematikan istiqomah seorang daie berbanding ujian kepayahan.

Sebagai umat Islam yg telah mengucapakn 2 kalimah syahadah kita wajib berdakwah dan berusaha menegakkan kembali daulah Islam dimuka bumi Allah SWT ini. Allah tidak memberikan jalan mudah utk umatNYA mencapai kemenangan. Mehnah dan tribulasi sentiasa menerjah manusia utk menguji tahap keimanan seseorang. Sebagai seorang pendakwah dan khalifah diatas muka bumi ini kita wajib menegakkan kembali daulah Islamiyah. "Hidup mulia mati syahid".

"Setiap insan hanya dibekalkan dgn hanya sebuah kematian, maka kitalah yg berhak memilih @ mencorak seni sebuah kematian"